fbpx

Tugas Iga Swiatek tawan Roland Garros mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK merangkul gelaran Grand Slam kedua selepas sekali lagi muncul juara Terbuka Perancis menewaskan Gauff pada aksi final kelmarin. – AFP

PARIS – Pemain No.1 dunia, Iga Swiatek meneruskan aksi cemerlang pada musim ini selepas menjuarai kejohanan tenis Terbuka Perancis buat kali ke­dua selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat, Coco Gauff malam kelmarin.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Roland Garros itu, Swiatek yang juga pilihan utama kejohanan menampilkan aksi sempurna apabila mudah menjinakkan Gauff 6-1, 6-3.

Swiatek berkata, kejaya­annya kali ini bukanlah di­sebabkan faktor nasib semata-mata, namun keme­nangan tersebut berpun­ca daripada kerja keras yang dilakukan sela­ma ini.

“Pada edisi 2020, saya rasa seperti keliru dan tidak percaya kerana mampu untuk memenangi kejohanan Grand Slam.

“Bagaimanapun, kali ini ia bukanlah sekadar nasib, tetapi hasil daripada kerja keras.

“Setiap kali menyertai kejohanan, saya sentiasa membuat analisis sendiri bagaimana untuk menjadi juara.

“Kali ini saya benar-benar bangga kerana kejayaan 2020 boleh dianggap sebagai nasib,” kata pemain dari Poland itu.

Pada masa sama, dia juga me­lakar sejarah tersendiri apabila menyamai rekod legenda tenis Amerika Syarikat, Venus Williams selepas memenangi 35 perlawanan berturut-turut.

“Saya rasa agak janggal kerana melakukan pencapaian melebihi Serena (Williams) dan menyamai rekod Venus, namun ia adalah sesuatu yang cukup istimewa. Saya harap untuk lakukan lebih daripada ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI