fbpx

Pemandu tersepit dalam kemalangan 3 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba sedang dalam misi mengeluarkan mangsa yang tersepit. - FOTO IHSAN: BOMBA KL

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera selepas tersepit di pintu kereta dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Cheras menghala ke Jalan Loke Yew, awal pagi ini.

Komander Operasi PBK II Rusdi Ismail berkata, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.48 pagi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian didapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan.

“Bagaimanapun dua buah kenderaan sahaja yang berada di lokasi iaitu sebuah Perodua Alza dan sebuah Honda City,” ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang berada di dalam salah sebuah kereta yang terlibat telah tersepit pada pintu.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa sebelum dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans Agensi Pertahanan Awam.

“Seorang lagi mangsa di dalam sebuah kereta lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” tambahnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI