fbpx

Majikan sukar beri waktu kerja fleksibel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ekonomi gig menjadi pilihan golongan belia kerana waktu kerja yang fleksibel.

PETALING JAYA – Terdapat majikan dalam sektor konvensional tidak mampu menawarkan fleksibiliti waktu bekerja kepada pekerja mereka seperti dalam ekonomi gig.

Presiden Persekutuan Maji­kan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, majikan terlibat perlu membuat pelaburan strategi dalam usaha mengekalkan pekerja terutama kakitangan berbakat besar.

“Terma dan syarat perkhidmatan perlu menarik dan setanding dengan majikan terbaik untuk mengekalkan bakat. Peluang yang lebih tinggi untuk pekerja meningkatkan dan menambah kemahiran.

“Orientasi yang diberi untuk pekerja baharu hendaklah menonjolkan ciri-ciri baharu seperti sistem kerja fleksibiliti dan mempamerkan suasana kerja yang lebih kondusif sejajar dengan keperluan mengimbangi keperluan kerja dan kehidupan.

“Syarikat (perlu) mengamalkan ciri-ciri Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),” katanya kepada Kosmo! semalam.

Berita berkaitan: Majikan gusar pekerja lari sertai ekonomi gig

Beliau mengulas laporan Kos­mo! sebelum ini bahawa golongan majikan didakwa sukar mendapat pekerja disebabkan persai­ngan ekonomi gig yang menawarkan pendapatan lebih lumayan selain fleksibiliti waktu bekerja.

Terdahulu, Syed Hussain berkata, antara punca pekerja berhenti dalam tempoh yang singkat setelah mengetahui kerja yang dipohon tidak sesuai atau suasana tempat kerja tidak memenuhi cita rasa mereka.

Berita berkaitan: ‘Jadi rider mewah, kerja ikut suka’

Menurut beliau, dalam keadaan demikian pekerja akan berhenti dengan segera dan kebiasaannya sebelum disahkan dalam jawatan.

Ujar beliau, mereka yang berhenti awal itu dianggarkan boleh mencecah antara 40 hingga 50 peratus terutama dalam kategori pertama kali bekerja.

“Tidak dinafikan pekerja gig menikmati lebih fleksibiliti dalam menjalankan tugas mereka.

“Mereka mempunyai kawalan terhadap tahap pendapatan mereka berdasarkan jumlah kerja yang dilakukan mereka sendiri,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI