fbpx

Dua maut nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di Jalan Besar Simpang Renggan-Machap, Kluang, malam semalam.

KLUANG – Dua maut manakala dua yang lain cedera dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Besar Simpang Renggam – Machap, di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa, Mohamad Afiq Karim, 25, dan seorang penumpang lelaki dewasa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan Il Affendi Mustafar berkata, kemalangan itu menyebabkan Proton Satria dinaiki mangsa remuk dan pihaknya menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Afiq Karim, 25, selain seorang penumpang lelaki dewasa yang tidak diperolehi maklumat peribadi.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI