fbpx

1,000 asnaf, B40 serbu agihan ayam proses percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lida (kanan) bersama rakan-rakannya yang juga merupakan golongan asnaf menunjukkan ayam proses yang diterima pada Program Vitagold Cakna Masyarakat di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seramai 1,000 golongan asnaf dan keluarga B40 hadir menerima sumbangan berupa seekor ayam dan sekampit beras lima kilogram di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini hari ini.

Program anjuran Vitagold Health Sdn. Bhd. (Vitagold Health) mendapat sambungan daripada orang ramai di sekitar daerah ini yang datang seawal pukul 8 pagi untuk mengambil keperluan makanan itu.

Salah seorang penerima, Lida Che Din,55, berkata, dia bersama 30 lagi ahli Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan hadir ke program itu selepas dimaklumkan oleh rakan-rakannya mengenai agihan ayam proses percuma.

Menurutnya, sumbangan ayam dan beras itu amat bermakna kerana ia sedikit sebanyak dapat meringkan golongan asnaf sepertinya yang tidak mempunyai pendapatan ketika ini.

“Sejujurnya, seekor ayam ini boleh dijadikan lauk selama seminggu untuk saya dan dua anak. Sehari kami akan goreng tiga ketul ayam dan seekor itu mampu bertahan seminggu.

“Mungkin pada orang lain sumbangan seekor ayam dan sekampit beras ini kecil nilainya. Bagi asnaf seperti saya, ia amat membantu dalam kehidupan seharian terutamanya untuk mengisi perut keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Vitagold Cakna Masyarakat di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Vitagold Health, Mohd. Faizuddin Che Mahmood berkata, sumbangan itu merupakan salah satu usaha syarikat tersebut untuk membantu golongan asnaf dan keluarga B40 terutamanya semasa harga bahan mentah seperti ayam proses meningkat harga ketika ini.

Menurutnya, kesemua ayam proses itu dibawa dari ladang ternakan Ayam Segar Makmur Gold Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat tunjang kepada Vitagold Health di Padang Tembak di sini dan Kuantan, Pahang

“Saya amat tersentuh apabila program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan asnaf dan B40. Ia sekali gus menunjukkan realiti sebenar bahawa ramai yang terkesan akibat kenaikan harga barangan ketika ini.

“Ini merupakan program pertama kami mengagihkan ayam proses. Selepas ini, kami akan menjalankan program sama di Bandar Baru Bangi, Selangor dan Kuantan dalam masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI