fbpx

Pelanggan mengamuk panggilan tidak dilayan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan situasi ketika seorang lelaki mengamuk serta mengacukan pisau kepada pekerja di sebuah kedai makan.

PETALING JAYA – Gara-gara panggilannya tidak dilayan oleh pekerja di sebuah kedai makan, seorang lelaki mengamuk serta membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman pelanggan lain.

Rakaman berdurasi 45 saat itu memaparkan detik pertelingkahan yang berlaku dan lebih menggemparkan apabila lelaki berkenaan dengan beraninya mengacu pisau kepada pekerja tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai kopi di Kedah.

Kejadian berlaku disebabkan pelanggan terbabit berang apabila perlu menunggu lama dan tidak ada pekerja yang mengambil pesanannya di meja.

Bagaimanapun, situasi tegang itu dtenangkan dengan bantuan seorang lelaki lain yang turut berada di tempat kejadian.

Susulan tular video tersebut di media sosial, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai.

“Lambat ambil pesanan, angkat kaki keluar dari kedai, tak perlu tunjuk samseng, buat bising,” tegur seorang pengguna media sosial.

“Terbaik abang, tenang sahaja dia kawal keadaan, terima kasih jadi manusia bijak,” ujar netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI