fbpx

Lelaki beristeri berisiko rendah mati awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKAHWINAN didapati menjadi penyumbang kepada hidup yang lebih lama. – REX/Shutterstock

TOKYO – Satu kajian mencadangkan bahawa orang yang sudah berkahwin hanya 20 peratus berkemungkinan mati awal berbanding mereka yang tidak berumah tangga, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian tersebut dijalankan oleh penyelidik dari Pusat Kanser Kebangsaan Jepun dan diterbitkan dalam jurnal JAMA Network Open.  

Penyelidik telah menganalisis rekod perubatan daripada setengah juga orang di Asia yang berusia dalam lingkungan 50-an selama 15 tahun.

Mereka mendapati orang yang berkahwin hanya 15 peratus terdedah kepada keseluruhan risiko kematian daripada semua punca kematian jika dibandingkan dengan orang bujang.

Orang yang berkahwin juga hanya 20 peratus berisiko untuk meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, kecederaan dan sakit jantung.

Golongan lelaki paling banyak mendapat manfaat daripada perkahwinan apabila berlaku penurunan terbesar dalam kadar kematian.

Kajian terdahulu juga menunjukkan bahawa golongan lelaki kurang berkemungkinan mengambil risiko, terlibat dalam kemalangan atau mengambil alkohol atau dadah apabila mereka sudah berkahwin.

Kajian terbaharu kini memaklumkan bahawa ‘kesan perlindungan’ disebabkan oleh perkahwinan juga berlaku mungkin disebabkan oleh pasangan yang menggalakkan mereka mendapatkan bantuan perubatan dan mematuhi rawatan.

Kadar kewangan yang lebih baik dan gaya hidup yang lebih sihat juga berlaku setelah seseorang individu berkahwin, kata penyelidik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI