fbpx

Berang ditegur curi duit ibu, penganggur mahu tikam rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Farouk.

AMPANG JAYA – Berang ditegur supaya tidak mencuri duit ibu sendiri, seorang lelaki sanggup mengacu sebilah pisau dan mengancam untuk mencederakan rakannya dalam kejadian di kawasan gerai makanan sekitar Pandan Indah tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam ketika pengadu berusia 36 tahun yang bekerja sebagai jurujual komputer berada di kawasan tersebut.

“Suspek yang juga seorang penganggur telah datang ke arah mangsa dalam keadaan mengamuk dan mengacu sebilah pisau pemotong sayur untuk mencederakan mangsa.

“Kira-kira pukul 1 pagi, polis telah berjaya mengesan dan menahan suspek yang berusia 32 tahun di Jalan Pandan Indah dekat sini serta merampas pisau yang dipercayai digunakan ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk memberitahu, suspek yang mempunyai lapan rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu berang kerana mangsa telah menegurnya agar tidak mencuri duit ibu sendiri.

“Siasatan awal mendapati, suspek tidak berpuas hati dengan teguran kenalannya itu yang menasihatkan agar tidak mencuri duit ibunya sendiri dan memberitahu agar mangsa tidak perlu mencampuri urusannya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI