fbpx

Salur darah budak sebesar buah tembikai susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL SAFIKA (kanan) bersama kakak sulungnya, Nurul Safira, 12, di kediaman mereka di Kampung Permatang Tepi, Balik Pulau semalam.

BALIK PULAU – Usianya baru mencecah sembilan tahun, namun penderitaan yang terpaksa ditanggung Nurul Safika Abdullah dari Kampung Permatang Tepi, Balik Pulau di sini cukup besar akibat ketumbuhan saluran darah di leher kirinya.

Lebih menyedihkan apabila ketumbuhan itu semakin hari semakin membesar dan kini telah menyamai saiz sebiji buah tembikai susu.

Nurul Safika yang merupakan murid tahun tiga di Sekolah Kebangsaan Balik Pulau (SKBP) kini hanya menghabiskan sepenuh masanya di rumah berikutan penyakit yang ditanggungnya itu.

Menurut ibunya, Noraini Aziz, 39, keadaan leher anak ketiga daripada empat beradik itu semakin membengkak selepas menjalani pembedahan pertama pada Februari tahun ini.

“Nurul Safika tidak lagi pergi ke sekolah sejak sesi pembelajaran secara bersemuka awal tahun ini memandangkan dia terpaksa memakai tiub untuk saluran susu dan ubat tahan sakit selain saiz ketumbuhannya juga semakin membesar.

“Keadaan itu menyebabkan pergerakannya terbatas, selain sering mengadu kesakitan pada bahagian leher terutama pada waktu malam.

“Dahulu dia memang seorang yang ceria. Kini, dia selalu meluahkan rasa sedih terutama apabila melihat gambar rakan-rakannya di sekolah menerusi grup WhatsApp,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Noraini memberitahu, ketumbuhan yang dialami anaknya itu mula dikesan sejak berusia tiga tahun dan ketika itu hanya bersaiz seekor lalat.

“Lehernya menjadi semakin membengkak menyerupai biji guli ketika dia berumur enam hingga tujuh tahun. Ketika itu, dia jarang sekali mengadu sakit dan payah sekali untuk ponteng sekolah.

“Pelbagai rawatan juga telah dijalankan termasuk bantuan kaedah tradisional dan pembedahan pada bahagian belakang tengkuk pada Februari lalu.

“Saya harap ada keajaiban berlaku supaya Nurul Safika dapat ke sekolah seperti biasa dan bertemu guru serta rakan-rakan,” jelasnya.

Tambah Noraini, mereka kini hanya menerima bantuan seba­nyak RM600 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup, perubatan dan persekolahan anak-anaknya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga tersebut boleh menghubungi Noraini di talian 017-401 3012 atau menyumbang terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0720-0411-0003-1717 atas nama Noraini Aziz. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI