fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV dari jiran bertentangan memaparkan kejadian tersebut.

Wanita warga emas ditahan dera budak empat tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN— Seorang wanita berusia 60 tahun ditahan malam tadi selepas disyaki mendera kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.01 malam selepas ibu bapa mangsa melihat rakaman video berdurasi satu minit 15 saat yang tular di media sosial.

Katanya, video tersebut memaparkan seorang wanita memukul kanak-kanak lelaki di belakang sebuah rumah.

“Siasatan awal mendapati mangsa dihantar ke rumah suspek yang terletak tidak jauh dari rumah keluarganya untuk dijaga sejak tujuh bulan lalu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban di sini untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Katanya, bertindak atas maklumat, polis menahan warga emas itu pada pukul 9.45 malam di rumahnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN