fbpx

Mourinho terus lakar rekod di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AS ROMA berjaya menamatkan penantian mereka untuk menjulang kejuaraan di pentas Eropah selepas menewaskan Feyenoord pada aksi final Liga Konferens Europa awal pagi semalam. – AFP

TIRANA (ALBANIA) – Jurulatih AS Roma, Jose Mourinho terus melakar rekod apabila muncul pengurus pertama yang berjaya memenangi lima kejuaraan di pentas Eropah selepas membantu pasukan itu menjulang trofi Liga Konferens Europa.

Pada aksi awal pagi semalam, Roma berjaya menewaskan Feye­noord 1-0 pada aksi final yang berlangsung di Arena Kombetare.

Selain itu, perlawanan tersebut juga adalah final kelimanya sejak 2003 dan kemenangan semalam menjadikan Mou­rinho sebagai pengurus pertama yang memenangi piala di pentas Eropah dengan empat kelab berbeza.

Beliau sebelum ini memenangi Liga Juara-Juara bersama Porto dan Inter Milan serta menjuarai Liga Europa dengan Manchester United selain pernah merangkul Piala Super UEFA.

“Inilah perkara hebat tentang karier saya. Selain daripada memenangi Liga Europa dengan Manchester United dan kejayaan dengan Porto serta Inter Milan juga nyata sesuatu yang cukup istimewa.

“Ia kekal dalam sejarah AS Roma dan juga sejarah buat diri saya. Saya diberitahu hanya saya, Alex Ferguson dan Giovanni Trapattoni yang berjaya memenangi piala dalam tiga dekad berbeza.

“Ini membuatkan saya rasa sudah terlalu tua, namun ia bagus untuk karier saya,” kata Mou­rinho.

Kegagalan pertahanan Feye­noord, Gernot Trauner mengeluarkan bola hantaran lintang Gianluca Mancini membolehkan pemain tengah Roma, Nicolo Zaniolo dijulang selaku wira AS Roma apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Kejayaan itu juga memastikan penamat gemilang buat AS Roma selepas sekadar berpuas hati dengan kedudukan keenam dalam saingan Serie A musim ini.

Dalam pada itu, kejayaan tersebut juga membuatkan Mourinho juga tidak bercadang untuk meninggalkan kelab tersebut bagi mencari cabaran baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI