fbpx
KLOPP

Pemain bintang ketuai prostes halang Klopp ke Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Suasana di kem Real Madrid semakin panas apabila bintang utama, Kylian Mbappe dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan pihak pengurusan untuk melantik Jurgen Klopp sebagai ketua jurulatih baharu musim depan.

Sebagai rekod, sumber rapat kelab mendedahkan Klopp sudah mencapai persetujuan lisan untuk mengambil alih tugas di Santiago Bernabeu, malah perancangan perpindahan pemain turut dikatakan sedang dirangka.

Antara pemain yang sudah berada dalam radar Klopp adalah bintang Manchester City, Rodri selain Nico Schlotterbeck (Borussia Dortmund) dan Enzo Fernandez (Chelsea).

Namun, media terkemuka Sepanyol kini melaporkan Mbappe tidak yakin dengan idea tersebut kerana lebih cenderung untuk melihat Zinedine Zidane kembali mengemudi Los Blancos bagi menggantikan Alvaro Arbeloa.

Selain Klopp, beberapa nama besar lain seperti Mauricio Pochettino dan Didier Deschamps turut dikaitkan dengan kerusi panas di Santiago Bernabeu.

Bagaimanapun, presiden kelab, Florentino Perez sedia untuk gunakan kuasa ‘veto’ apabila mahu menawarkan kontrak buat jurulatih berpengalaman, Jose Mourinho bagi memulihkan semula reputasi kelab.

Mourinho sebelum ini mendedahkan secara terbuka mahu kembali ke Real kerana masih mempunyai ‘urusan belum selesai’ sejak meninggalkan pasukan itu pada 2013 memandangkan kontraknya bersama Benfica juga bakal berakhir musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN