fbpx

Fokus Harimau Muda kini AFC B-23 di Uzbekistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain skuad B-23 negara hampa selepas tewas menerusi sepakan penalti 4-3 kepada Indonesia dalam perebutan pingat gangsa Sukan SEA Vietnam 2021 di Stadium My Dinh, Hanoi kelmarin.

HANOI – Kegagalan skuad bola sepak lelaki negara meraih penamat untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa di Sukan SEA Vietnam 2021 bagaikan satu tamparan buat pasukan kendalian Brad Maloney.

Sukan SEA Vietnam dianggap permulaan untuk membina pasukan lebih baik terutama keyakinan untuk anak-anak didiknya bagi mengharungi perlawanan lebih mencabar pada Kejuaraan AFC bawah 23 tahun (B-23) di Uzbekistan awal Jun ini.

Lebih merisaukan, skuad B-23 bakal berdepan cabaran lebih sengit selepas mereka diundi bersama Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.

Bagaimanapun, jurulatih dari Australia itu telah memaklumkan lebih awal bahawa tiada sasaran pingat diletakkan dan mahu menjadikan pentas Sukan SEA sebagai persediaan terbaik untuk pasukannya menghadapi Kejuaraan AFC B-23.

Secara keseluruhan enam perlawanan diharungi menghasilkan dua kemenangan, seri dan tewas disebabkan faktor persediaan singkat pasukan negara ketika pasukan lain yang mara ke separuh akhir iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam dilihat cukup bersedia menghadapi temasya dwitahunan berkenaan.

“Sejujurnya ia satu persediaan cukup baik buat pasukan sebelum ke AFC B-23 di Uzbekistan dan segala yang berlaku di sini merupakan pengajaran berguna buat semua.

“Sangat pahit dan sukar untuk menerima kegagalan tetapi kami perlu bersikap profesional kerana harus memberi fokus untuk kejohanan seterusnya. Kami sudah bermain sepenuh hati dan pemain telah bermain dengan baik dan saya bangga dengan apa yang ditunjukkan mereka.

“Kecewa gagal membawa pulang pingat tetapi saya tidak boleh salahkan prestasi dan ke­sungguhan ditunjukkan pemain. Mereka beraksi di luar jangkaan saya sepanjang enam perlawanan dalam masa 14 hari dilalui di sini (Hanoi),” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan kelmarin.

Pada aksi perebutan pingat gangsa di Stadium Nasional My Dinh kelmarin, Indonesia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ronaldo Joybera pada minit ke-68, namun penye­rang negara, Hadi Fayyad Abdul Razak menyamakana kedudukan untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Namun, kegagalan Hadi Fay­yad dan Luqman Hakim Shamsudin menyempurnakan sepakan itu, telah memberikan kemenangan 4-3 kepada Indonesia.

“Kita sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol dalam tempoh 90 minit kerana menguasai hampir keseluruhan permainan, namun gagal melakukannya walaupun banyak peluang dicipta,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI