MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang ditubuhkan pada tahun 2006 berperanan menyatukan pelbagai pertubuhan Islam di negara ini. Sebagai badan payung kepada ratusan NGO, Mapim terlibat dalam usaha memperkukuh pembangunan umat Islam serta aktiviti kemanusiaan. Sepanjang penubuhannya, Mapim melaksanakan pelbagai program masyarakat termasuk transformasi masjid bagi memperkasa peranan institusi masjid. Di peringkat antarabangsa, Mapim turut aktif dalam misi kemanusiaan khususnya bantuan ke Gaza sejak tahun 2010 termasuk agenda keselamatan makanan dan kerjasama ekonomi global melalui inisiatif seperti Global Halal……














