fbpx

Jokowi sasar harga minyak masak turun dua minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOKOWI meninjau keadaan bekalan minyak masak di Yogyakarta. - Biro Akhbar Sekretariat Presiden

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) meramalkan harga minyak masak pukal di negara itu bakal turun kepada 14,000 rupiah (RM4.19) seliter dalam tempoh satu ke dua minggu akan datang, lapor program berita Liputan 6 kelmarin.

Beliau turut berikrar untuk berusaha dalam memastikan isu harga minyak masak di Indonesia dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

“Dalam seminggu dua ini, Insya Allah harga minyak masak pukal akan menjadi 14,000 rupiah (RM4.19) seliter,” kata beliau.

Jokowi memaklumkan bahawa beliau telah menggesa pengeluar minyak masak utama negara itu supaya harga di pasaran menjadi murah. 

“Saya telah menggesa banyak pengeluar utama demi kepentingan masyarakat. Saya sebenarnya tidak selesa menekan mekanisme pasaran tetapi ini adalah sesuatu yang mesti dilakukan,” jelas Jokowi.

Tambah Jokowi, beliau sudah melakukan tinjauan di Pasar Muntilan, Mangelang, Jawa Tengah, dan mendapati bahawa harga minyak masak adalah 14n500 (RM4.34) seliter.

Beliau berharap agar harga minyak di semua pasaran akan mendatar dalam masa terdekat.

“Saya telah menyemak harga bagi seliter minyak masak di Pasar Muntilan tadi, iaitu 14,500 rupiah (RM4.34). 

“Esok saya mahu tinjau di pasar lain agar dalam tempoh dua minggu ini harga di pasaran akan kekal sekitar itu,” tambahnya lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI