fbpx

Negeri di India dihujani ‘sampah angkasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Longgokan serpihan besi yang menghujani negeri Gujerat di India dipercayai sebahagian daripada satelit yang rosak. - Twitter

NEW DELHI – Sekumpulan saintis dari Makmal Penyelidikan Fizik India sedang menyiasat jenis besi yang ‘menghujani’ kawasan di negeri Gujerat, lapor akhbar Daily,semalam.

Objek itu yang menurut penduduk tempatan masih panas ketika ditemui, jatuh di daerah Surendranagar serta tiga kampung di daerah Anand.

Asas kewujudan sfera hitam dan perak itu masih tidak dapat dijelaskan, tetapi pakar berpendapat objek tersebut adalah serpihan angkasa lepas daripada pelancaran satelit baru-baru ini.

Barangan misteri lain termasuk objek berbentuk cincin logam turut dijumpai bertaburan di ladang di rantau tersebut.

Situasi itu dikaitkan dengan kuantiti sampah angkasa yang bertambah di orbit mengelilingi Bumi dan mewakili ancaman yang semakin meningkat kepada pelancaran kapal angkasa masa hadapan.

Sindrom Kessler, yang dinamakan sempena kertas saintis dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Donald Kessler pada tahun 1978, menjadi kebimbangan yang semakin meningkat bagi pakar angkasa lepas.

“Pelanggaran satelit akan menghasilkan serpihan yang mengorbit, setiap satunya akan meningkatkan kebarangkalian pelanggaran seterusnya, yang membawa kepada pertumbuhan tali pinggang serpihan di sekeliling Bumi.

“Fluks serpihan dalam ‘tali pinggang’ yang mengorbit Bumi boleh melebihi fluks meteoroid semula jadi, yang menjejaskan reka bentuk kapal angkasa masa hadapan,” tulis Kessler dengan pengarang bersama Burton Cour-Palais. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI