fbpx

Indonesia hasilkan serum selepas penularan demam babi Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai mengambil sampel darah daripada babi di sebuah ladang di Pulau Bulan. – Pejabat Kuarantin Pertanian Tanjung Pinang

JAKARTA – Indonesia sedang membangunkan serum darah yang boleh memberikan imuniti sementara pada babi bagi melawan virus demam babi Afrika, lapor saluran berita Channel NewsAsia semalam.

Perkembangan itu berlaku selepas wabak demam babi merebak di  ladang ternakan babi terbesar di Indonesia.

Ladang  terletak di Pulau Bulan dalam wilayah Kepulauan Riau itu berupaya mengeksport sekitar 240,000 babi setahun ke Singapura, demikian menurut data Agensi Pertanian Kepulauan Riau.

Ketua pihak berkuasa veterinar Kepulauan Riau, Dr. Honismandri berkata, pegawai-pegawai Indonesia mengesahkan bahawa  virus demam babi Afrika telah menular di ladang ternakan tersebut.

“Situasi bagaimanapun terkawal. Tiada lagi kematian dicatatkan,” katanya.

Beliau berkata, pegawai-pegawainya  cuba menghasilkan serum pemulihan menggunakan darah daripada babi yang sembuh selepas dijangkiti demam babi Afrika. Serum demikian mengandungi antibodi yang boleh memberi imuniti jangka pendek terhadap sesuatu jangkitan.

Katanya, serum tersebut sedang dibangunkan di sebuah fasiliti milik pemerintah di bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya.

“Ini adalah langkah penting untuk mencegah penularan demam babi Afrika kerana tiada vaksin untuk penyakit itu buat masa ini,” kata Honismandri.

Tambah beliau, membangunkan serum daripada darah babi yang terselamat di Pulau Bulan akan memastikan keberkesanan serum dalam melawan  virus demam babi Afrika.

“Ia mengambil masa  dua ke tiga bulan sebelum produk ini boleh digunakan,” ujarnya.

Terdapat lebih 200,000 babi di Pulau Bulan dengan 35,000 daripadanya mati akibat wabak tersebut.

Demam babi Afrika tidak menjangkiti manusia, namun  amat mudah berjangkit dalam kalangan babi hutan dan babi komersial. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI