fbpx

Demam Babi Afrika: 19,000 babi di Perak dimusnah, dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Sebanyak 19,285 ekor babi yang dikesan berpenyakit Demam Babi Afrika (ASF) telah dimusnah dan dilupuskan di Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, ASF mula dikesan di negeri ini pada Disember 2021 dan sehingga Oktober 2023 dengan sebanyak sembilan kes positif ASF pada babi hutan telah dikesan.

Katanya, sebanyak 18 kes positif ASF telah dikesan di ladang babi komersial melibatkan beberapa fasa kejadian penyakit, dengan kes positif terkini adalah pada 27 Oktober lalu di Tronoh.

“Penyakit ASF hanya menjangkiti spesies babi dan tidak menjangkiti manusia. Orang awam diminta menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah terdekat jika terdapat kematian babi hutan atau babi komersial di kawasan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kata Sivanesan, pada 22 November lalu, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak telah melakukan serbuan dan pemeriksaan di dua premis sejuk beku di Menglembu, Ipoh setelah mendapat aduan berkaitan karkas babi diseludup dari negara yang tidak dibenarkan diimport.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati karkas babi tersebut tidak disembelih di Rumah Sembelih Khinzir yang diluluskan jabatan atau Rumah Sembelih Khinzir yang dilesenkan.

“Karkas babi yang terlibat juga menunjukkan tanda klinikal penyakit ASF dan persampelan yang dihantar disahkan positif penyakit ASF oleh Makmal Institut Penyelidikan Veterinar lpoh pada 23 November 2023. Kesemua karkas babi berjumlah sebanyak 25,141 kilogram telah dirampas dan disita untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kesemua karkas babi berpenyakit tersebut telah dibuat pelupusan pada 28 dan 29 November lalu selepas mendapat perintah dari Mahkamah Majistret lpoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI