fbpx
Anggota bomba memantau keadaan banjir di Kg. Klah Baru di Sungkai hari ini. - Foto IHSAN JBPM

Banjir: 43 mangsa direkodkan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seramai 43 mangsa banjir di Larut Matang dan Selama (LMS) serta Batang Padang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan setakat pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, daerah LMS menyaksikan seramai sembilan buah keluarga melibatkan 37 orang mangsa terjejas dengan banjir itu.

“Mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor, dengan penduduk terlibat merupakan warga Kampung Matang Pasir.

“Sementara di Batang Padang pula, terdapat dua buah keluarga (enam mangsa) dari Kg. Klah Baru berlindung di PPS Dewan Serbaguna Kg. Klah Baru,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di Kg. Klah Baru yang terjejas akibat limpahan air Sungai Klah Baru.

“Setibanya bomba di tempat kejadian didapati paras kedalaman air adalah 0.5 meter dan mangsa dari dua buah rumah yang terjejas dengan banjir telah keluar dengan dibantu oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam ke tempat selamat.

“Ketua operasi mengarahkan anggota melakukan pemantauan dan bersedia di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, difahamkan paras air telah bertambah baik dan menunjukkan penurunan serta tiada pertambahan jumlah mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN