fbpx

305 pemandu diperiksa, 22 ditahan memandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menjalankan pemeriksaan menerusi Ops Mabuk Bersepadu Khas malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 22 pemandu ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk menerusi Ops Mabuk Bersepadu Khas yang dijalankan sekitar ibu kota, tengah malam tadi.

Difahamkan, sekatan jalan raya itu dijalankan di Jalan Klang Lama, Jalan Raja Chulan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Bangsar, Jalan Kuchai Lama dan Jalan Sri Petaling.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, operasi itu bermula pada pukul 11 malam hingga 3.30 pagi dengan kekuatan 74 pegawai dan anggota.

“Kita telah memeriksa seramai 305 pemandu dengan 22 daripadanya berusia lingkungan 19 hingga 51 tahun ditahan selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Hasil pemeriksaan mendapati enam daripada 22 individu terbabit negatif daripada memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kes disiasat di bawah Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020.

Tambahnya, polis turut mengeluarkan sebanyak 31 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI