fbpx
Hishamudin mengutip telur penyu yang ditemuinya di Pantai Tanjung Gemuk, Port Dickson hari ini.

137 biji telur penyu ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Sebanyak 137 biji telur penyu dijumpai di Pantai Tanjung Gemuk di sini pagi tadi.

Penyelia sambilan di Pusat pemuliharaan dan Penetasan Penyu, Glory Beach Resort, Hishamudin Abdul Manap berkata, kesemua telur penyu tersebut ditemuinya kira-kira pukul 7 pagi tadi ketika mengadakan pemantauan rutin di pantai tersebut,

“Saya telah menggali lubang dan menghantar telur berkenaan ke Pusat Penetasan penyu di Glory Beach Resort, Port Dickson. Ia dijangka mengambil masa dalam tempoh 50 hingga 60 hari untuk menetas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hishamudin berkata,  pada bulan Mei sehingga November merupakan tempoh penyu akan mula naik dan bertelur di sekitar pantai di Port Dickson.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang menjumpai telur penyu di sekitar pantai sini supaya segera memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab dengan segera.

“Orang ramai juga diingatkan supaya lebih prihatin dengan tidak mengganggu penyu terutama jika menemuinya sedang naik ke pantai untuk bertelur.

“Mana-mana pihak yang yang menjumpai penyu dan telur penyu boleh menghubungi saya di nombor 011-11841224,” katanya yang memberitahu beberapa kawasan pantai di daerah ini merupakan tumpuan untuk penyu jenis agar dan karah untuk mendarat. – KOSMO! ONLINE

POPULAR