fbpx

Bekalan elektrik terputus ketika majlis, dua beradik tersilap kahwini pengantin lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN pengantin itu diminta untuk melaksanakan upacara perkahwinan sekali lagi pada keesokan harinya. - India Today

NEW DELHI – Dua adik beradik pengantin perempuan secara tidak sengaja mengahwini pengantin lelaki yang salah selepas bekalan elektrik terputus ketika upacara perkahwinan mereka diadakan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Acara perkahwinan dua pasangan pengantin itu berlangsung di sebuah kampung di negeri Madhya Pradesh, India. 

Dalam kejadian pada Ahad lalu, seorang sami meneruskan upacara perkahwinan, namun dengan tidak sengaja tertukar antara dua pasangan berkenaan.

Bapa pengantin perempuan, Ramesh Lal berkata, sami itu mungkin keliru kerana kedua-dua anaknya memakai pakaian merah dengan selendang menutup bahagian muka. 

Dua anak pengantin tersebut, Nikita dan Karishma dijadualkan melangsungkan perkahwinan dengan Dangwara Bhola dan Ganesh, dua lelaki daripada keluarga berbeza.

Kesilapan itu hanya disedari apabila dua pengantin lelaki tersebut membawa isteri mereka pulang ke rumah. 

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada dua pengantin perempuan itu mengenali lelaki yang mereka nikahi atau tidak. Mereka telah diminta mengulangi acara perkahwinan sekali lagi pada hari berikutnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI