fbpx

Menteri saran BTS dikecualikan khidmat tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BTS menghadiri Anugerah Grammy ke-64 di MGM Grand Garden Arena pada 3 April lalu di Las Vegas, Nevada. - AFP

SEOUL – Seorang menteri kerajaan Korea Selatan menggesa undang-undang mengecualikan kumpulan tersohor K-pop, BTS daripada perkhidmatan ketenteraan mandatori, lapor akhbar Bangkok Post, kelmarin.

Menteri Kebudayaan, Hwang Hee dalam satu kenyataan memberitahu kehilangan sementara BTS dari industri muzik dunia bagi memberi laluan kepada perkhidmatan ketenteraan itu akan menjadi satu kerugian buat negara.

“Ia juga akan menjadi kerugian budaya jika penyanyi terpaksa menggantung aktiviti seni mereka bagi memenuhi kewajipan perkhidmatan tentera sedangkan pencapaian dalam mempromosikan martabat negara sedang berada di puncak,” kata Hee.

BTS pada 2020 menjadi kumpulan Asia pertama sejak 1963 mendahului carta Hot 100 bagi semua genre Billboard dengan single berbahasa Inggeris mereka iaitu Dynamite.

Jin yang merupakan ahli tertua kumpulan itu perlu menyertai tentera sebelum akhir tahun ini melainkan undang-undang berkaitan disemak untuk membolehkan pengecualian.

Semua warganegara lelaki berumur 18 hingga 28 tahun dikehendaki berkhidmat dalam tentera selama kira-kira dua tahun sebagai salah satu program persediaan menghadapi kemungkinan serangan Korea Utara.

Undang-undang semasa membenarkan pengecualian perkhidmatan buat sesetengah atlet elit dan pemuzik klasik tetapi ia tidak merangkumi penghibur popular. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI