JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila dirakam meminta memulangkan semua barangan yang pernah diberikan kepada bekas kekasihnya, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video kejadian dikongsi di platform Instagram oleh akaun @moodmakassar menunjukkan lelaki terbabit berdiri di hadapan rumah bekas teman wanitanya.
Selain meminta untuk memulangkan semua barang yang pernah diberikan, dia mengaku menjadi anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI).
Namun, seragam yang dibawa adalah milik bapanya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 26,700 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Sanggup pinjam seragam bapa,” kata seorang netizen.
“Salah anda kerana memilih lelaki yang salah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














