fbpx
Gambar hiasan

Serangan badan kehakiman, Majlis Peguam Malaysia buat EGM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR –  Majlis Peguam Malaysia akan mengadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) berhubung perkara berkaitan serangan terhadap badan kehakiman.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Presidennya Karen Cheah Yee Lynn berkata, butiran penuh EGM akan dimuktamadkan minggu depan dan notis EGM berkanun akan dikeluarkan pada Khamis (hari ini) kepada semua ahli Badan Peguam.

“Kami berharap dapat melihat kehadiran ahli Badan Peguam di seluruh negara termasuk presiden terdahulu kami untuk menyatakan pemikiran mereka mengenai isu ini dan usul yang akan menjadi penting kepada masa depan badan kehakiman sebagai institusi yang amat diperlukan dan penting,” kata Karen yang sebelum itu telah membuat satu mesyurat pada 29 April lalu.

Pada 27 April, lalu Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata meskipun hakim tertakluk kepada kritikan awam dan memikul tanggungjawab memberikan perkhidmatan terbaik namun tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap mereka serta badan kehakiman kebelakangan ini agak keterlaluan.

Beliau berkata walaupun rakyat termasuk ahli politik bebas mengkritik badan kehakiman pada tahap tertentu, tidak bermakna mereka boleh melakukan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu demi kepentingan sendiri.

Terdahulu media melaporkan Majlis Peguam Malaysia menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali bertentangan perlembagaan, melanggar doktrin pengasingan kuasa dan menjejaskan kebebasan badan kehakiman.

Mohd. Nazlan adalah hakim yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan denda RM210 juta selepas mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI