fbpx
Railey dibawa anggota polis bagi pendakwaan kes itu di Mahkamah Majistret Klang. - Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Pencuri kabel KTMB dijel tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Perbuatan seorang lelaki mencuri kabel Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di kawasan landasan kereta api membawa padah apabila dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Hukuman itu diputuskan Majistret Nor Azilah Mat terhadap tertuduh, Railey Nasal, 35, dari tarikh tangkap selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki bujang itu didakwa mencuri trek kabel KTMB sepanjang 40 meter bagi jenis 16 milimeter (mm) dan 20 meter bagi ukuran 2.5 mm bernilai kira-kira RM850 dengan cara mematahkannya sehingga putus di landasan keretapi KTM berdekatan Jalan Sembilang 8E, Jalan Telok Pulai di sini, kira-kira pukul 1.20 petang, Sabtu lalu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kejadian itu terbongkar apabila KTMB menerima maklumat gangguan litar sebelum mengesan seorang lelaki sedang merentap dan memotong kabel di kawasan landasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN