fbpx
Buchholz menerima pengkitirafan rekod dunia pada 2012. - The Sun

Lelaki paling banyak bertindik dihormati masyarakat selepas terima pengiktirafan Guinness World Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN – Lelaki yang mempunyai penindikan paling banyak  di dunia, Rolf Buchholz dari Jerman memberitahu bahawa reaksi orang ramai terhadap modifikasi yang dilakukannya berubah selepas Guinness World Records mengiktiraf ‘karya seninya’.

Menurut akhbar Mirror UK, Buchholz memiliki 516 lubang tindik pada badannya  termasuk bahagian alat sulit.

Lelaki berusia 62 tahun yang merupakan saintis komputer itu menerima pengiktirafan Guinness pada 2012.

“Sebelum Guinness World Records mengiktiraf modifikasi badan saya, masyarakat agak prejudis dengan penampilan diri saya.

“Namun,  selepas mereka mengenali saya menerusi Guinness World Records, barulah mereka mula menghormati dan lebih terbuka untuk menerima keadaan fizikal saya,” kata Buchholz.

Namun,  kata Buchholz, dia tidak melakukan modifikasi badan semata-mata untuk mendapatkan gelaran atau rekod dunia, sebaliknya, ia demi kepuasan diri sendiri. – Agensi

POPULAR