fbpx

Kasut tiruan jenama terkenal bernilai RM8,640 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa merampas kasut tiruan jenama terkenal dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keladan Indah di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Temerloh berjaya merampas sejumlah kasut tiruan jenama terkenal bernilai RM8,640 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Keladan Indah di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Temerloh, Abdul Razak Yahaya berkata, serbuan hasil aduan orang awam itu dibuat selepas pihaknya melakukan risikan dan pemantauan kira-kira seminggu.

“Semasa serbuan dilakukan mendapati rumah kediaman tersebut telah dijadikan pusat jualan dan stor bagi penyimpanan barang-barang cap dagangan antarabangsa.

“Dalam serbuan itu penghuni rumah iaitu seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Cap Dagangan 2019,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019 kerana disyaki melakukan kesalahan iaitu menjual atau menawar untuk membekalkan barangan cap dagangan yang dipakaikan dengan salah.

“Modus operandi kes ini adalah dengan membuat belian kasut daripada pembekal tempatan barangan tiruan berjenama terkenal dan seterusnya menjual secara dalam talian kepada pengguna sekitar RM120 sepasang bagi mengaburi pihak berkuasa.

Dalam pada itu katanya, operasi berkenaan dilaksanakan bagi membanteras aktiviti jualan barangan tiruan, penggunaan cap dagangan tanpa kelulusan di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI