fbpx

Polis Johor tahan 266 individu dalam Op Tapis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis Johor melakukan pemeriksaan ke atas individu dalam Op Tapis hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menahan seorang lelaki berusia 49 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM228,495 dalam tiga serbuan berasingan yang dijalankan di sekitar bandar raya ini, awal pagi hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Mohd. Afzanizam Yahaya berkata, serbuan itu dijalankan bermula pukul 12.15 tengah malam sehingga pukul 1.40 pagi.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing bagaimanapun mendapati suspek lelaki warganegara tempatan itu negatif daripada penyalahgunaan dadah.

“Serbuan itu juga menyaksikan polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah antaranya 2.08 kilogram (kg) ekstasi; 1 kg serbuk kafein; 5.7 liter cecair ekstasi, 35.5 gram ketamin; 209 biji pil ekstasi dan 50 biji pil eramin 5 dengan nilai keseluruhan RM228,495.

“Dalam serbuan berkenaan, polis turut menyita wang tunai sebanyak RM7,200 dan seutas gelang emas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan bermula 18 April hingga 20 April lalu, pihaknya berjaya menahan seramai 265 individu atas pelbagai kesalahan dadah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI