fbpx

Kerajaan Johor sedia bas ‘shuttle’ percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengembara terpaksa beratur panjang di Bangunan Sultan Iskandar untuk memasuki Singapura.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik atau ‘shuttle’ secara percuma bagi memudahkan pengguna ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini bermula esok.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif itu diambil bagi mengatasi mengatasi masalah kesesakan yang dilalui pengembara di laluan jambatan pejalan kaki JB Sentral – BSI.

Beliau berkata, penyediaan bas ‘shuttle’ sehingga 30 April itu diputuskan dalam mesyuarat task force yang dipengerusikannya hari ini.

“Kerajaan Negeri amat mengambil berat atas perkara ini dan langkah penyelesaian yang pantas harus dilakukan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan rakyat di negeri ini.

“Shuttle bas akan disediakan bermula esok sehingga 30 April ini yang akan mengambil penumpang di Jalan Tun Razak (City Square) dan di Jalan Jim Quee seterusnya ke Drop Off Point BSI dengan kekerapan setiap 10 minit.

“Kekerapan ini akan ditambah pada waktu puncak seperti hujung minggu dan cuti perayaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI