fbpx
The Aussie Rapunzel mencuba kaedah tersebut dan kemudian terkejut melihatkan hasilnya. – Instagram The Aussie Rapunzel

Trend wanita letak pita pelekat pada dahi untuk cegah kedutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY – Satu tip kecantikan baharu yang  tular dalam aplikasi  TikTok memaparkan wanita meletakkan pita pelekat pada dahi mereka selama semalaman untuk mencegah kedutan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Seorang model  Australia yang menggelar dirinya ‘The Aussie Rapunzel’  mencuba sendiri kaedah itu  dan terkejut melihat hasilnya.

Dalam klip video mengenainya,  wanita itu melekatkan pita pelekat pada dahinya sebelum tidur. Dia mendakwa berjaya mendapatkan hasil sama seperti mengambil suntikan botoks, tujuh hari kemudian.

“Saya melekatkan pita pelekat pada dahi setiap malam selama seminggu. Saya tidak menyangka  ia akan berhasil,” katanya.

Pakar-pakar bagaimanapun berkata, keadaan tersebut tidak akan kekal lama sebaliknya, ia hanya satu cara mudah untuk melatih diri seseorang agar tidak menaikkan kening.

“Dengan melekatkan pita pada dahi anda, ia akan mengingatkan anda agar tidak menaikkan kening terlalu tinggi yang menjadi penyebab kepada garisan kedutan.

“Secara umumnya, melekatkan pita pada dahi tidak akan menjadikan kedutan bertambah baik dan tidak akan mengurangkan garis kedutan. Ia hanya satu peringatan agar anda tidak menghasilkan kedutan itu sendiri (dengan menaikkan kening),” kata pakar bedah plastik, Anthony Youn. – AGENSI 

POPULAR