fbpx

Pemandu lori disyaki jual mercun diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin menujukkan sebahagian mercun yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Dungun hari ini.

DUNGUN – Hasrat seorang pemandu lori untuk mengaut keuntungan mudah pada musim perayaan ini dengan menjual mercun membawa padah apabila dia diberkas polis di Ketengah Jaya di sini semalam.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di rumahnya bersama bekalan mercun pelbagai jenis berkenaan pada pukul pukul 7.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, rampasan mercun pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 tersebut merupakan yang pertama di Terengganu pada bulan Ramadan ini.

“Serbuan di rumah dilakukan di rumah suspek mendapat maklumat daripada orang awam.

“Sebanyak 19 jenis mercun berjaya dirampas seperti mercun bola, happy boom,happy festival, magic shot, thunder clap dan cake 168 shot,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini hari ini.

Baharuddin berkata, siasatan awal percaya suspek memperoleh bekalan mercun itu dari negara jiran.

Tambah beliau, lelaki tersebut dipercayai menjual sendiri mercun terbabit untuk pasaran daerah ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI