fbpx
Keadaan Abdullah Syarapi ketika dirawat di Hospital Ratchanakarin, Narathiwat dekat Thailand semalam.

Tak sangka kena bom hampir sempadan Thailand-Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Dua rakyat Malaysia yang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (SUV) dinaiki mereka terkena letupan bom berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai dekat Thailand semalam tidak menyangka kejadian tersebut berlaku ketika mereka sudah hampir tiba di pintu sempadan Malaysia.

Dalam kejadian itu, Abdullah Syarapi Abd. Rahman, 45, dan Muhammad Yusri Udin, 38, mengalami kecederaan manakala SUV jenis Proton X50 yang mereka naiki mengalami kerosakan teruk.

Abdullah Syarapi yang merupakan kakitangan di sebuah hospital di Klang, Selangor berkata, kejadian berlaku ketika dia dan Muhammad Yusri sudah hampir tiba di pintu sempadan Malaysia selepas kurang sejam memulakan perjalanan pulang dari Narathiwat.

Katanya, dia dan rakannya itu sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas bermalam di negara berkenaan sebelum singgah untuk makan di Narathiwat.

“Selesai makan, saya tertidur dan tidak menyedari situasi yang berlaku di sekeliling ketika Muhammad Yusri sedang memandu SUV itu.

“Apabila saya sedar, kejadian letupan sudah berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.

Abdullah Syarapi memberitahu, dia bersyukur kerana terselamat daripada kejadian yang boleh meragut nyawa itu.

Katanya, kerajaan Thailand pada awalnya menawarkan untuk memberi rawatan di negars berkenaan sehingga dia dan rakannya sembuh.

“Memikirkan urusan kerja, saya minta untuk dibawa pulang ke Malaysia dan menerima rawatan di sini. Ahli keluarga yang menetap di Selangor sudah dimaklumkan mengenai keadaan diri saya yang selamat dalam kejadian itu,” katanya,

Kosmo! Online hari ini melaporkan, dua rakyat Malaysia yang cedera selepas SUV jenis Proton X50 yang mereka naiki terkena letupan bom berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai dekat Thailand semalam telah dipindahkan ke HRPZ II di sini hari ini.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, kedua-dua mangsa, dipindahkan ke Malaysia kira-kira pukul 8.30 pagi tadi melalui Sungai Golok.

Terdahulu, SUV dinaiki kedua-dua mangsa terkena letupan bom buatan sendiri yang dipercayai ditanam di tepi jalan di Persimpangan Sapom, Tak Bai semalam.

Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tak Bai untuk menerima rawatan dan letupan itu turut mengakibatkan SUV berkenaan mengalami kerosakan teruk. – KOSMO! ONLINE

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN