fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, ribut petir landa hampir semua negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah seluruh Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

Keadaan sama turut berlaku di Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian) dan Pahang (Raub, Bentong, Bera dan Rompin).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Subis) dan Limbang.

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN