fbpx

28 pemandu mabuk, samseng jalanan ditahan dalam tempoh 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penunggang motosikal yang memandu secara merbahaya ditahan dalam operasi di sekitar ibu negara sejak Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Angkara memandu dalam keadaan mabuk dan menunggang motosikal secara merbahaya, 28 individu ditahan menerusi beberapa operasi dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat lalu di sekitar ibu negara.

Kesemua individu berusia lingkungan 16 hingga 51 tahun itu ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan, Ops Motosikal/Pelbagai Kesalahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Ketuanya, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, operasi yang bermula pukul 10 malam itu dilakukan di sekitar pusat bandar, Jalan Pahang, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan DUKE.

“Secara keseluruhan, sebanyak 805 keping saman telah dikeluarkan diatas pelbagai kesalahan dan 36 buah motosikal turut disita atas kesalahan
mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

“Ops Tutup telah dijalankan malam tadi bagi menumpukan kenderaan-kenderaan yang parkir di kiri kanan Jalan Raja Laut, membuat bising dan menganggu ketenteraman awam.

“Hasilnya sebanyak 27 buah kereta telah disita dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan dan akan diambil tindakan serta pemeriksaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta diarah mengubah kepada struktur asal,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak JSPT turut membuat tangkapan terhadap 18 orang lelaki tempatan berumur lingkungan 19 hingga 51 tahun yang telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

“Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh dibawah Seksyen yang sama.

“Pihak JSPT turut menahan 10 lagi lelaki tempatan yang menunggang motosikal dalam keadaan merbahaya dan melakukan aksi ‘zig zag’ , roket, Superman serta bersaing.

“Kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 16 hingga 21 tahun telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh dibawah Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu serta merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya.

Jelas beliau, dua lelaki berumur 16 hingga 24 tahun turut ditahan kerana melakukan kesalahan dibawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil (AKK) 1955 dan akan dituduh di bawah Seksyen 108(3)(e) APJ 1987 kerana kesalahan memalsukan nombor pendaftaran kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI