fbpx

Presiden Pakistan setuju bubar dewan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYOKONG parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) melakukan tunjuk perasaan di hadapan Dewan Negara di Islamabad, hari ini, selepas Presiden Pakistan membubarkan dewan. - AFP

ISLAMABAD – Presiden Pakistan, Dr. Arif Alvi membubarkan Dewan Negara atas nasihat Perdana Menteri, Imran Khan, sekali gus menggagalkan percubaan parti pembangkang untuk menggulingkan Imran daripada jawatannya.

“Presiden Pakistan, Dr. Arif Alvi telah bersetuju dengan nasihat Perdana Menteri,” demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Presiden.

Pengumuman itu bermaksud pilihan raya perlu diadakan dalam masa 90 hari.

Imran sebelum itu meminta Arif untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya, beberapa minit selepas Timbalan Speaker Dewan Negara menolak untuk mendengar usul undi tidak percaya terhadap pemerintahannya.

Menerusi satu ucapan yang disiarkan stesen televisyen tempatan, Imran berkata, terdapat percubaan yang tidak boleh diterima untuk masuk campur dalam institusi demokrasi Pakistan. Ekoran itu, beliau menggesa agar kerajaan interim dibentuk bagi memberi laluan kepada pilihan raya.

“Saya telah menasihati Presiden untuk membubarkan parlimen. Kita akan melaksanakan pilihan raya dan biar rakyat yang menentukan,” katanya.

Tiada seorang pun Perdana Menteri Pakistan pernah melengkapkan satu penggal penuh sepanjang dilantik.

Imran kini berdepan dengan cabaran terbesarnya sejak diundi menerusi pilihan raya pada 2018 dengan pembangkang menuduh beliau gagal menguruskan ekonomi negara serta dasar luar yang tidak berkesan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI