fbpx
Gempa bumi sederhana yang dilaporkan berlaku di Taiwan pagi tadi.

Gempa bumi sederhana gegar Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 dilaporkan telah berlaku di Taiwan pada pukul 8.38 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 23.5 darjah Utara dan 121.4 darjah Timur.

“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 Kilometer(km) dan 80km Tenggara dari Fengshan, Taiwan.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

POPULAR