fbpx
SUKARELAWAN mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Caraballeda, negeri La Guaira, Venezuela semalam. – AFP

188 terbunuh, 40,000 hilang selepas gempa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CARACAS – Dua gempa bumi kuat menggegarkan Venezuela semalam mengakibatkan  kemusnahan yang meluas dan mengorbankan sekurang-kurangnya 188 orang,  lapor akhbar Mirror.co.

Seramai 1,520 lagi mangsa  cedera dan 157 hilang, dengan angka kematian dijangka teus meningkat ketika  usaha menyelamat diteruskan, kata pihak berkuasa. Hampir 40,000 orang pula dilaporkan hilang melalui laman web tidak rasmi.

Gempa bumi bermagnitud  7.2 itu melanda barat Moron di rantau  Caribbean, kira-kira 169 kilometer ke  barat Caracas, sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) semalam, kata Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Kurang seminit  kemudian, gempa bumi lebih kuat berukuran 7.5 magnitud berlaku, dengan pusat gempa berada 16 kilometer ke barat daya Moron.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan kenderaan bergoyang, asap memenuhi jalanan dan bangunan rosak teruk atau runtuh akibat gegaran dahsyat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN