fbpx

Yusri berang soalan provokasi media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain PDRM FC meraikan kemenangan 3-1 ke atas Perak FC pada aksi Liga Premier di Stadium Perak, Ipoh kelmarin. – MEDIA PDRM

Oleh AZIZAN HASHIM

KETUA jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berang dengan pertanyaan pihak media selepas perlawanan yang menyaksikan Perak FC tewas 1-3 kepada PDRM FC pada saingan Liga Premier di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

“Jika brother jadi pemain, apa perasaan bermain bola selama 90 minit tanpa gaji?” soal balik Yusri kepada pemberita tersebut sebelum bangun dan lantas meninggalkan sidang akhbar itu selepas mengucapkan terima kasih.

Terdahulu, Yusri diajukan soalan mengenai apa yang berlaku kepada anak-anak buah­nya apabila gagal mempertahankan kelebihan satu gol pada separuh masa pertama, namun goyah pada babak kedua yang menyaksikan pasukan pelawan meledak tiga gol.

Pada aksi tersebut, pemain muda Perak berjaya memberi saingan kepada pasukan pelawat sehingga berjaya mendahului Sang Saka Biru melalui jari­ngan Royizzat Daud pada minit ke-13, namun PDRM bangkit dengan tiga gol untuk memusnahkan tuan rumah pada babak kedua.

Tindakan jurulatih itu juga dipercayai berpunca oleh kekecewaannya terhadap pemilik Perak FC, Impact Media dan Communication (IMC) Sdn. Bhd. berikutan kemelut yang menimpa pasukanya.

Yusri yang selama ini mengunci mulut sejak mula mengambil alih pasukan tiga bulan lalu nyata tidak mampu menyembunyikan kekecewaan.

Sementara itu, rakan sejawatanya dalam pasukan The Cops, Wan Rohaimi Wan Ismail memuji persembahan anak-anak buahnya yang bermain cemerlang pada babak kedua.

Menurut jurulatih itu persembahan anak-anak buahnya berkarat akibat lama tidak beraksi gara-gara Covid 19.

“Bagaimanapun kami mendapat kembali rentak di separuh kedua. Saya bangga dengan kejayaan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI