fbpx

Ahli Parlimen desak RUU Antilompat Parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mendesak agar Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dibentangkan di Parlimen dengan segera.

Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) berkata undang-undang antilompat parti mesti dibentangkan untuk dibahaskan terlebih dahulu dan sebarang pindaan boleh dibuat kemudian.

“Dalam apa bentuk sekalipun mesti masuk dalam dewan dulu dan kalau ada apa-apa kita boleh ubah lain.

“Mari kita sama-sama bentangkan RUU di dewan dahulu, bahas. Kalau nak buat pindaan di peringkat jawatankuasa, buatlah,” katanya hari ini.

Menurut Nazri, dia yakin kesemua Ahli Parlimen akan memberikan sokongan kepada RUU tersebut kecuali ‘katak’ (ahli parlimen lompat parti).

Sementara itu Presiden Amanah, Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) dalam perbasannya ketika menggesa perkara itu mendakwa sekiranya RUU terbabit tidak dibentang dan diluluskan dengan segera, ia bakal mengakibatkan defisit kepercayaan rakyat terhadap sistem Parlimen dan demokrasi negara.

“Bagi memulihkan keadaan ini dan sistem Parlimen demokrasi, sebuah akta berhubung antilompat parti ini mesti disegerakan. Kalau tidak ada akta tersebut, bagaimana kita hendak mempraktikkan Parlimen demokrasi yang subur?.

“Oleh itu, amat penting untuk disegerakan soal Akta Antilompat Parti ini. Jangan main-main sebab perkara ini adalah begitu mendesak.

“Kalau tidak mahu dengar juga, maka kita lihatlah negara kita akan berada dalam kegelapan dan penghormatan kepada sistem Parlimen demokrasi ini tidak lagi menjadi satu penghormatan yang ada sebelum ini,” ujarnya.

Selain undang-undang antilompat parti, Ahmad Maslan (BN-Pontian) turut mencadangkan agar pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dihadkan hanya kepada maksimum dua penggal. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI