fbpx
AZMAN ISMAIL (empat dari kanan) bersama sebahagian masyarakat Cina di Simpang Jeram.

PRN Johor: Seminggu berkempen, Azman tembusi hati pengundi Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Selepas genap tujuh hari berkempen selepas penamaan calon Sabtu lalu, Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram lega kehadirannya diterima secara terbuka oleh masyarakat Cina.

Datuk Azman Ismail berkata, sehingga hari ini lebih 50 peratus masyarakat Cina di kawasan berkenaan sudah ditemui dan menyatakan sokongan kepada calon BN itu dan berjanji akan keluar mengundi pada 11 Julai nanti.

Katanya, keadaan ini jauh berbeza ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Simpang Jeram pada September 2023 lalu yang menyaksikan hanya kira-kira 54 peratus daripada 40,379 pengundi berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

“Saya amat berkeyakinan dengan pendekatan yang dilakukan daripada sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16 lagi akan membolehkan mereka memberikan kepercayaan BN untuk menjadi wakil suara rakyat di sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azman turut berharap jentera daripada parti gabungan iaitu MCA dan MIC selain UMNO Bahagian Bakri tidak luntur semangat dan terus bekerja untuk mendekati seberapa banyak pengundi bagi meraih sokongan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN