fbpx
HAIRUL (kanan) menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Hasrunizah Hassan di Kampung Parit Baru, Kayu Ara Pasong, Pontian malam tadi. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI/ KOSMO!

PRN Johor: Hilang kepercayaan parti lama, 200 ahli sertai UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Keyakinan terhadap hala tuju perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi faktor utama kira-kira 200 ahli daripada pelbagai parti menyertai UMNO sekali gus memberi suntikan semangat kepada calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kumpulan berkenaan diketuai bekas Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pontian, Hairul Azwani A. Karim dalam satu majlis penyerahan borang keahlian UMNO di Kampung Parit Baru, Kayu Ara Pasong di sini malam tadi.

Hairul Azwani berkata, selain ahli Bersatu, kumpulan tersebut turut membabitkan bekas ahli Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) di sekitar Sungai Terus dan Kayu Ara Pasong.

“Keputusan ini juga bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya selepas mengambil kira pandangan akar umbi yang mahu melihat kerjasama lebih erat demi kepentingan masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Menurutnya, kesemua mereka akan menjadi ahli UMNO Cawangan Kampung Parit Baru dengan beliau sendiri bertindak sebagai ketua penaja cawangan baharu itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN