fbpx

Beg beli-belah Balenciaga menyamai Tesco berharga RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beg beli-belah Balenciaga dan Tesco. - DAILY MAIL

PARIS – Jenama fesyen mewah terkemuka, Balenciaga, memperkenalkan rekaan beg beli-belah terbaharunya yang kelihatan sama seperti beg plastik Tesco keluaran tahun 1980-an, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Aksesori yang dikeluarkan sebahagian daripada koleksi Musim Bunga 2022 itu dijual pada harga £925 (RM5,113).

Ia diperbuat menggunakan kulit anak lembu yang dicetak pada kertas serta mempunyai zip untuk menutup bahagian atas dan di dalam beg.

Reka bentuk nostalgia tersebut diinspirasikan daripada beg plastik Tesco yang sudah tidak digunakan ketika ini.

Belanciaga berkata, rekaan aksesori itu merupakan tafsiran moden bagi sebuah beg asas.

Sebelum ini, jenama yang beribu pejabat di Paris itu pernah diselar kerana menghasilkan koleksi beg yang menyamai beg beli-belah Ikea. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI