fbpx

Michelle Yeoh dikecam teruk, jadi duta jenama pro-Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICHELLE YEOH dikecam netizen apabila mengumumkan pelantikan dirinya sebagai duta jenama antarabangsa yang dikaitkan dengan Israel.

PETALING JAYA – Aktres ternama, Tan Sri Michelle Yeoh mengundang kemarahan ramai dan dikecam tidak sensitif isu semasa apabila mengumumkan pelantikan dirinya sebagai duta jenama terkemuka antarabangsa, Balenciaga.

Kecaman tersebut tercetus selepas Michelle mengumumkan perkara tersebut dalam Instagramnya semalam.

“Saya teruja menyertai Balenciaga sebagai duta jenama mereka.

“Fesyen merupakan sejenis bentuk seni dan bukan hanya tentang pakaian tetapi ekspresi diri. Ini adalah cara saya berkomunikasi mengenai kerja,” katanya.

Perkongsian tersebut seterusnya meraih rasa kurang senang netizen yang berpendapat pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Academy Awards Ke-95 itu tidak prihatin dengan nasib yang dihadapi penduduk Gaza di Palestin ketika ini.

“Saya sayang awak Michelle tetapi bukan sebagai duta Balenciaga.

“Apa perasaan awak menjadi duta sebuah jenama yang pro-Israel dan pernah terpalit isu seksual kanak-kanak dalam poster iklan mereka,” ujar netizen.

Sebelum ini, Michelle merupakan antara selebriti antarabangsa yang lantang bersuara berkaitan isu melibatkan kemanusiaan.

Terdahulu, selain Michelle, beberapa selebriti antarabangsa lain yang pernah dikecam kerana menunjukkan sokongan terhadap Israel ialah Gal Gadot, Justin Bieber dan Selena Gomez.

Sementara itu, model terkemuka, Bella Hadid yang lantang bersolidariti berkaitan isu Palestin pula dipecat sebagai duta jenama antarabangsa, Dior dan diganti dengan model kelahiran Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI