fbpx

Stesen TV boleh ditarik balik kuasa buat tapisan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

PUTRAJAYA – Tindakan penarikan semula kuasa bagi membuat tapisan sendiri akan dikenakan terhadap stesen televisyen yang menyiarkan kandungan tidak sensitif terhadap masyarakat.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapannya di Twitter semalam.

Katanya, perkara tidak sensitif dimaksudkan termasuklah membabitkan aspek agama, budaya dan bahasa.

“Kemudahan dan penurunan kuasa kepada stesen televisyen membuat penapisan sendiri terhadap kandugan siaran akan ditarik balik sekiranya mereka menunjukkan sikap tidak sensitif kepada ajaran agama, nilai budaya dan bahasa yang menjadi teras perlembagaan negara,” ciapnya.

Dipercayai ciapan itu merujuk kepada klip kontroversi yang dimuat naik pelakon popular, Zul Ariffin di laman Instagramnya kelmarin.

Sedutan babak panas lakonannya berkenaan merupakan adegan drama Perempuan Itu, yang mana ia turut melibatkan pelakon baharu pelakon baharu, Siti Hariesa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI