fbpx

Sindiket dadah didalangi 9 penjawat awam tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob (tengah) ketika sidang akhbar di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman hari ini. /FOTO SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Seramai sembilan penjawat awam dan seorang nelayan yang terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan menerusi tiga serbuan sekitar Johor Bahru, Putrajaya dan ibu negara pada 6 Mac hingga 8 Mac lalu.

Difahamkan, sembilan suspek terbabit merupakan penjawat awam yang bertugas di sebuah agensi penguat kuasa di Putrajaya manakala seorang lagi suspek merupakan orang awam yang bekerja sebagai nelayan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek yang ditahan merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 33 hingga 49 tahun.

“Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak pertengahan bulan Februari tahun ini dengan menjual semula 50 Kilogram (kg) dadah disyaki Syabu yang dirampas dalam satu operasi di perairan Selat Melaka di utara tanah air.

“Dadah yang dirampas tersebut cuba diseludup oleh sindiket lain yang bergerak aktif di Banting, Selangor untuk pasaran di Dumai, Indonesia,” katanya ketika sidang akhbar di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman di sini, hari ini.

Menurutnya, sindiket ini juga dipercayai bekerjasama dengan sindiket dadah lain dan menjadi pemain penting dalam kitaran dadah di negara ini.

“Mereka juga menyasarkan pasaran dadah di luar negara kerana harganya yang mahal sebagai contoh, satu kg syabu di pasaran Malaysia bernilai kira-kira RM36,000 manakala di Indonesia RM100,000 dan di Australia pula mencecah RM300,000,” ujarnya.

Mengulas lanjut, JSJN telah berjaya merampas dadah jenis syabu kira-kira 5.3 kg yang dianggarkan bernilai RM193,590 dan boleh digunakan seramai 26.8 juta penagih dadah.

“JSJN turut menyita pelbagai aset sindiket terbabit seperti empat buah kereta dan satu akaun bank bernilai 195,235.78 menjadikan keseluruhan rampasan RM388,825.78.

“Saringan awal mendapati, empat suspek penjawat awam terbabit positif dadah jenis methamphetamine. Kesemua suspek yang ditahan juga tidak mempunyai rekod lampau,” katanya. -KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI