fbpx
Gempa bumi sederhana di Selatan Sumatera, Indonesia.

Gempa bumi sederhana di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 dilaporkan telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 5.38 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 0.7 darjah selatan dan 98.6 darjah timur.

“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 58 kilometer (km) dan 79 km barat laut dari Siberut, Indonesia.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR