fbpx

51,631 kes jenayah dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 51,631 kes jenayah dalam talian dengan kerugian bernilai lebih RM1.6 bilion direkodkan bagi tempoh 2019 hingga 2021.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin, berkata pembelian dalam talian merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 18,857 kes.

“Kes kedua tertinggi adalah pinjaman tidak wujud sebanyak 15,546 kes. Pelbagai usaha dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memerangi sindiket penipuan ini.

“Pihak berkuasa turut meningkatkan operasi dan tangkapan menjalankan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Su Keong Siong (PH-Kampar) berhubung statistik kes penipuan pembelian dalam talian bagi tempoh 2019 hingga 2021.

Dalam pada itu, Jonathan berkata, pihak berkuasa menghadapi kesukaran untuk mengesan pihak terlibat dalam jenayah itu kerana sentiasa menggunakan akaun bank berlainan.

Bagaimanapun, katanya, pihak PDRM akan terus bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan perkara itu dapat dibendung.

“Kita juga akan mengkaji sama ada terdapat keperluan untuk tambah baik akta berkaitan supaya dapat tangani pelbagai jenis jenayah terbaru yang berlaku dalam negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI