fbpx

83 tahanan POCA diberkas dalam tempoh tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khalil Azlan (kanan) menandatangani plak perasmian sempena pembukaan Balai Polis Melor, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan perintah penahanan terhadap 83 individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dalam tempoh tiga bulan tahun ini.

Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah KDN, Datuk Khalil Azlan Chik berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada penagih dadah terbabit dengan jenayah rompakan untuk mendapat bekalan dadah.

Menurutnya, kesemua individu yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 70-an tahun itu bermula Januari sehingga Mac tahun ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 12 individu dikenakan perintah tahanan manakala 71 lagi dikenakan perintah pengawasan di seluruh negara.

“Individu yang dikenakan perintah tahanan berkenaan merupakan penagih yang melakukan rompakan atau samun bersenjata. Mereka dipercayai menggunakan hasil rompakan itu untuk membeli dadah. Selain itu, ada individu yang melakukan jenayah kekerasan termasuk mencuri kenderaan dan lembu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Balai Polis Melor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khalil Azlan memberitahu, seramai 1,190 individu membabitkan pelbagai kesalahan ditahan di bawah POCA dengan 286 individu dikenakan perintah tahanan manakala 904 dikenakan perintah pengawasan sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, sehingga kini, seramai 127 individu kecuali Sabah dan Sarawak sedang menjalani perintah tahanan serta pengawasan di Kelantan.

“Individu yang menjalani penahanan di bawah akta tersebut membolehkan seseorang ditangkap dan ditahan tanpa bicara bagi tempoh sehingga dua tahun.

“Negeri yang paling ramai ditahan di bawah POCA adalah Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor dan Pulau Pinang. Mereka yang ditahan akan ditempatkan di Simpang Renggam di Johor, Bentong (Pahang), Pokok Sena (Kedah) dan Bintulu (Sarawak),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI