fbpx

PRN Johor : 2.53 juta bakal mengundi Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seramai 2,538,606 pengundi akan menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi di 1,021 buah pusat mengundi biasa di seluruh negeri ini pada Sabtu.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Ikmalruddin Ishak berkata, seramai 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi secara keseluruhan.

Menurutnya, seramai 21,407 pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasangan sudahpun membuang undi pada 8 Mac lalu.

“Sejumlah 36,729 pengundi pula telah mengundi secara pos.

“Bagi pengundi yang telah mengetahui maklumat pengundian disarankan terus ke saluran mengundi yang ditetapkan. Pengundi juga disarankan agar membuat semakan lebih awal seberlum hari mengundi,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saluran-saluran untuk menyemak maklumat pengundian boleh melayari portal daftar pemilih di https://pengundi.spr.gov.my atau menerusi aplikasi MySPR Semak atau talian hotline SPR di talian 03-88927018.

Ikmalruddin berkata, pengundi juga dinasihatkan supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan dan sekiranya tidak dapat hadir pada masa yang ditetapkan, mereka boleh keluar mengikut kelapangan masa bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Jelasnya, para pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkan kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI